Thursday 4 April 2013

Posted by Unknown |



Setiap guru di sekolah mempunyai peranan dan bidang-bidang tugas tersendiri mengikut jawatan masing-masing. Antaranya ialah : 

BIDANG TUGAS GURU BESAR
  • Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan  pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
  • Bertanggungjawab dalanm hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
  • Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
SENARAI TUGAS GURU BESAR

Pengurus Kurikulum —Kerja Ikhtisas
  • Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan.
  • Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.
  • Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
  • Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk merancangan dan tindakan susulan.
  • Menyelia dan mencerap proses P& P.
  • Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke semasa.
  • Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
  • Menentukan keberkesanan pengguna PSS.
  • Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.
  • Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.
Pembangunan Diri Pelajar
  • Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi.
  • Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah. 
Pengurusan dan Pembangunan
  • Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.
  • Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar. 
  • Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
  • Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
  • Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.
  • Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
  • Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
  • Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
  • Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.
  • Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
Pengurusan Personal
  • Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta sokongan dilaksanakan.
  • Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
  • Menentukan tugasan dan bidang kerja serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
  • Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawal yang melanggar Arahan Perkhidmatan di bawah bidang kuasa.
  • Menjaga kebajikan pegawai. 
Kewangan
  • Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.
  • Mengawal dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan  punca-punca kewangan SUWA dan KERAJAAN.
  • Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit  dan dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
  • Mengawal stok dan harta benda sekolah.
Kemudahan Fizikal
  • Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran dalam keadaan baik. 
  • Mempertingkatkan keceriaan sekolah.
  • Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
  • Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
  • Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.
Pembangunan Organisasi dan Diri
  • Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
  • Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan  potensi diri.
  • Mengawal “Experiences” berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan “Learning Experiences” pelajar.
  • Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
  • Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
Pembangunan Kendiri
  • Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. 
  • Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
  • Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
  • Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
  • Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
  • Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.
  • Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian / Jabatan dan Agensi-agensi Iuar.
  • Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
  • Menjalankan  tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
  • Bertanggungjawab kepada Guru Besar  dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
  • Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.
  • Membantu Guru Besar  dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

Kurikulum
  • Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.
  • Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
  • Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
  • Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
  • Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
  • Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
  • Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
  • Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
  • Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.
Pengurusan
  • Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
  • Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan.
  • Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
  • Membantu merancang takwim sekolah.
  • Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
  • Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
  • Menyelaras semua jenis kutipan yuran
  • Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
  •  Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
  • Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah. 
Pembangunan Diri Pelajar
  • Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah.
  • Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
  • Mengadakan kursus kemahiran pelajar.
 Pembangunan Organisasi. 
  • Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
  • Mengadakan kursus/latihan personal.
Pembangunan Kendiri. 
  • Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
  • Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
  • Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
  • Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM
 
  1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Guru Besar  dan Penolong Kanan 1         ( Pentadbiran )
  2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
  3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar  dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan  sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah.
  4. Membantu Guru Besar  menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-perkara di atas.
  5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM

Pembangunan Diri Pelajar.

Disiplin
  1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai –nilai murni
  2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
  3. Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
  4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah laku.
  5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
  6. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
Program Perlindungan Pelajar. 
  1. Meracang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
  2.  Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.
 Kesihatan
  1. Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
  2. Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan
  3. Menyelaraskan  penyeliaan kantin sekolah.
  4. Menyelaras  aktiviti  kesihatan pelajar.
Skim Pinjaman Buku Teks 
  1. Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
  2. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
  3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.
Biasiswa dan Bantuan. 
  1. Menyelenggarakan perakuan-perakuan KWAMP, RMT, zakat  dan bantuan.
  2. Mengemaskinikan rekod KWAMP, RMT, Zakat  dan bantuan
  3. Menguruskan tuntutan bayaran KWAMP  pelajar.
 Pengurusan
  1. Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar.
  2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.
  3. Menguruskan pertukaran pelajar.
  4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar.
  5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah.
  6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
  7. Membantu merancang takwim sekolah.
Ko-Kurikulum 

Sukan dan Permainan 
  1. Membantu merancang , melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan pada semua perigkat.
  2. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
 Kelab/Persatuan 
  1.  Menyelaraskan dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak                                     akademik.
Unit Beruniform 
  1. Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform tersebut di peringkat sekolah.
Pembanguna Organisasi 
  1. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
  2. Mengadakan kursus/ latihan untuk personal. 
Pembangunan Kendiri 
  1.  Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
  2.  Menghadiri seminar, kursus dan bengkel
  3.  Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
  4.  Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

0 comments:

Post a Comment