Friday, 5 April 2013

Posted by muhainy nassha |

PENGENALAN.
Dewasa kini, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap negara menjadi teras kepada penyusunan semula stretegi masing-masing.Hal Ini adalah bertujuan agar mereka tidak ketinggalan dengan arus kemajuan semasa.Peredaran zaman kini telah menyebabkan perubahan perlu dilakukan agar sesebuah negara khususnya Malaysia tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dunia serta mengelakkan daripada menjadi mengsa penindasan.Oleh itu tanpa mengira kaum, agama, keturunan dan juga bangsa, rakyat Malaysia heruslah mengambil tindakan awal bagi mengeratkan perpaduan antara kaum, merapatkan perhubungan serta bertindak sebagai satu bangsa yang berdiri di bawah satu payung. Hal ini kerana kewujudan perpaduan inilah yang menjadi tunjang kepada pencapaian matlamat yang sama bagi membina satu negara yang maju, aman dan damai serta mampu bersaing dengan masyarakat negara-negara lain.

Bagi merealisasikan kewujudan satu bangsa yang utuh iaitu Bangsa Malaysia, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.Konsep 1Malaysia ini menggabungkan semua etnik, bangsa, keturunan juga agama yang ada di Malaysia menjadi satu bangsa yang bekerjasama dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi.Konsep ini dilihat sebagai satu konsep yang sesuai untuk negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum serta bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sesejajar dengan undang-undang negara.

Konsep 1Malysia dijadikan senjata utama negara bangi menghadapi cabaran yang akan datang. Kesejahteraan hidup rakyat disemai melalui konsep 1Malaysia ini. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam  segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
  
2. Konsep Gagasan 1 Malaysia.

Konsep gagasan satu Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datok Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Pada 3 April 2009. Konsep ini berpaksikan kepada prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.Konsep 1 Malaysia ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang bertujuan untuk mengugut kesejahteraan hidup mereka.Jika dihayati, konsep ini membolehkan semua pihak mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh masyarakat dunia.
Konsep 1 malaysia membawa kepada aspirasi untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Untuk mencapai kemajuan bagi setiap neara, sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diutamakan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Dalam konteks ini, konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin khususnya perlu memainkan peranan masing-masing.Rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu berfikiran melepasi sempadan kaum masing-masing sebagai satu bangsa Malaysia.Konsep ini juga menyarankan pemimpin kerajaan kenjalankan tugas lebih cekap, amanah, dan bertanggungjawap demi kepentingan rakyat dan memenuhi segala keperluan serta hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Gagasan 1Malaysia  bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum di Malaysia. Perpaduan sememangnya teras utama dalam membangunkan negara dan menuju kea rah kecemerlangan.Gagasan 1Malaysia bertujuan bagi menyemarakkan semula perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Prinsip-prinsip konsep 1 Malaysia bersandarkan kepada 3 prinsip teras iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip sosial, ketiga-tiga prinsip tersebut penting dalam memperkukuhkan perpaduan nasional. Konsep ini menekankan kepada sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum harus menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup bersama-sama dalam keadaan saling hormat menghomarmati antara satu sama yang lain sebagai rakyat dalam satu negara. Di samping itu, konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara yang merupakan prinsip kenegaraan telah lama diterapkan semenjak dahulu lagi. Manakala prinsip keadilan pula menjurus kepada semua kaum yang membawa maksud nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan juga menjadi salah satu asas kepada konsep 1Malaysia. Keadaan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu dasar kerajaan dan peruntukan perlembagaan persekutuan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan akan tetap dilaksanakan.

Prinsip penerimaan, prinsip Kenegaraan dan prinsip keadilan sosial didukungi oleh nilai-nilai murni termasuklah hormat-mrnghormati, rendah hati, kesederhanaan dan berbudi bahasa.Kesemua nilai ini penting dalam menjamin negara yang aman dan harmoni.

Nilai utama konsep satu malaysia perlu dikuasai oleh semua lapisan masyarakat ini termasuklah pemimpin serta rakyat. Kesemua nilai ini perlu difahami serta dihayati. Nilai-nilai tersebut termasuklah budaya kecemerlangan yang membawa maksud pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian  yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara pula bergantung kepada setakat mana budaya kecemerlangan  diamalkan oleh rakyat Malaysia. Budaya berprestasi tinggi inilah yang akan memastikan bahawa setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik, manakala sikap sambil lewa dan acuh tak acuh akan menyebabkan masyarakat tidak akan berdaya maju. Prinsip ketepatan menjadi elemen utama dalam menentukan kecemerlangan.ketetapan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan.

Nilai yang kedua ialah nilai ketabahan, ketabahan perlu ada pada diri seseorang ketabahan sangat penting  kerana setiap perjuangan dan perlaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan agar sesuatu yang dilakukan mempunyai kualiti.  Dalam aspek ini perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan Negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya yang tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan yang melanda. Sikap mudah kecewa dan menyerah ke[pada takdir perlu dikikis jika ingin mencapai matlamat yang memuaskan. Kejatuhan dan kemerosotan yang dialami perlu dikaji dan hendaklah ditangani secara positif.

Nilai yang ketiga ialah rendah diri, nilai ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.Slogan “budi bahasa budaya kita”.Membuktikan masyarakat Negara ini mempunyai perasaan rendah hati, rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki.Sifat berhemah, berbudi bahasa perlu dijadikan amalan hidup kita.Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai seseorang yang mengamalkan sifat merendah diri yang mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

Nilai seterusnya ialah nilai penerimaan, nilai penerimaan ini penting dalam kehidupan kita, nilai penerimaan boleh diertikan sebagai tindak balas positif terhadap sesuatu pendapat. Dalam aspek gagasan 1 Malaysia, penerimaan ini adalah menjurus kepada rakyat yang dapat menerima apa juag perkara baik dan mendapat persetujuan bersama. Ini termasuklah penerimaan semua kaum unruk mendapatkan yang terbaik yang mana ini akan membina sebuah Negara yang aman damai.             

Nilai yang kelima iaitu nilai kesetiaan, sebagai sebuah Negara yang berperlembagaan kesetiaan perlu disemai dalam diri seseorang insan, ini termasuklah kepetiaan kepada tuhan, raja, dan Negara. Prinsip kesetiaan penting dalam apa jua keadaan. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada Negara.

Seterusnya ialah nilai meritokrasi, nilai ini merupakan hala tuju yang perlu diamalkan dalam Negara demokrasi bagi memastikan masyarakat layak  diberi peluang untuk memacu pembangunan Negara. Nilai ini lebih kepada kedemokrasian yang menekankan persaingan secara sihat dan terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan  sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. Nilai ini dapat membudayakan masyarakat Malaysia dengan cabaran yang bakal menjelang pada masa akan datang.

Nilai yang ketujuh iaitu pendidikan, pendidikan penting kerana pendidikan merupakan tunjang kepada kemajuan Negara.Negara perlu memiliki rakyat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari semua aspek. Hal ini kerana tanpa pendidikan masyarakat jahil dan ini akan membekukan kemajuan Negara.
Manakala nilai yang terakhir pula ialah nilai integriti, nilai ini merupakan nilai penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.Nilai ini tidak dikhususkan kepada pemimpin sahaja malah nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan di mana masyarakat perlu bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu, tindakan dan percakapan dan sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan.

3.0.            CABARAN-CABARAN KE ARAH MEMPERKUKUHKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Walaupun Negara kita telah mencapai kejayaan dalam membentuk perpaduan dan hubungan yang baik dikalangan etnik.Namun masih terdapat sedikit kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan etnik.Selepas 13 mei 1969, kunci keamanan, keteguhan kestabilan dan kemajuan pembangunan Negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukan satu perkara yang mudah. Hal ini kerana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal dan sebagainya menjadi kekangan dan kepincangan yang nyata dalam membina perpaduan kaum.

Terdapat lima cabaran utama yang menjadi duri dalam daging yang boleh menjadikan usaha memupuk hubungan etnik menjadi sukar, walaupun cabaran ini kelihatan kecil dan sepatutnya tidak menggangu gugat keharmonian Negara, namun disebabkan inilah masalah perpaduan tidak dapat dipulihkan. Masalah ini menjadi api dalam sekam yang mana ia mungkin tidak ketara namun sedikit demi sedikit menghakis keamanan dan keharmonian hubungan etnik di Malaysia. cabaran-cabaran tersebut termasuklah:

Cabaran dari segi politik, cabaran ini terjadi akibat kontroversi, dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan. Parti-parti politik wujud demi memperjuangkan dan mempertahankan hak rakyat dan demi Negara, namun dewasa kini susah untuk mewujudkan pemimpin seperti itu jika ada sekalipun amatlah jarang dan sukar ditemui. Cabaran ini timbul kerana setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri yang bertujuan untuk memelihara hak kaum, memperjuangkan nasib dan menyuarakan pendapat mereka. Namun begitu , terdapat pemimpin yang bermain tektik kotor dangan menghasut, meracuni pemikiran rakyat dan mengapi-apikan sentiment perkauman demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini menyebabkan setiap kaum berdendam, buruk sangka, dan tidak mahu berbaik-baik akibat termakan hasutan mereka. Perpaduan akan terjejas daripada cabaran aspek politik ini apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinnya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinannya sendiri. Mereka akan hanya berburuk sangka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan untuk menampakkan kepincangan kepimpinan.

Cabaran seterusnya dari aspek ekonomi, seperti yang kita sedia maklum ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah Negara dan menjadi penggerak utama kemajuan.Jika dilihat, sistem ekonimi sejak mencapai kemerdekaan adalah tidak stabil. Cabaran ekonomi pertama ialah perbezaan dari segi pekerjaan, hal ini wujud akibat dasar pecah dan perintah di tanah melayu, kerajaan british telah memisahkan kaum-kaum yang terdapat di tanah melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal mereka. Kaum melayu yang kebanyakkan tinggal di kawasan kampong dan luar Bandar dan berkerja sebagai petani dan nelayan, kaum india kebanyakan menjadi buruh di estet-estet dan lading-ladang, manakala kaum cina pula berada di Bandar dan pelombong dan peniaga. Hal ini telah mewujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum serta polarasisi antara kaum. Akibatnya masih lagi dapat dilihat pada masa kini dimana pada masa kini sector perniagaan masih lagi di dominasi oleh orang cina dan kebanyakan orang india masih lagi di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini menjadi kekangan yang ketara dan telah membataskan interaksi antara kaum kerana mereka hanya dapat meluangkan banyak masa di tempat kerja dengan berkomunikasi dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri daripada kaum yang sama, maka interaksi dan komunikasi mereka berada dalam lingkungan kaum yang sama, ia akan mengakibatkan perasaan perkauman dan kurangnya hubungan semakin menebal.

Cabaran yang ketiga ialah dari segi sosial, dari segi sosial terdapat kekangan yang menjadikan perpaduan semakin hilang di mata masyarakat.Hal ini berlaku kerana apabila kurangnya percampuran dan interaksi sosial antara kaum. Apabila perkara ini benar-benar berlaku maka tidak akan timbul rasa kepercayaan dan kekitaan dalam diri setiap kaum atau etnik, apabila kepercayaan telah hilang maka sesuatu hubungan yang baik sukar untuk dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada pemisah yang berlaku, pemisah-pemisah tersebut termasuklah Pemisah Dari Segi Fizikal iaituBerlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang memisahkan etnik. Kedudukan yang jauh terpisah telah ditambah lagi dengan dasar pecah dan perintah british yang mengasingkan pemerintahan dan penempatan dimana orang melayu berada di luar Bandar untuk menjalankan kegiatan ekonomi bertani dan ke laut, orang india pula berada di estet bagi menjalankan kegiatan buruh manakala orang cina pula berada di Bandar untuk menjalankan kegiatan melombong dan perniagaan. Akibat pemisah ini bukan sahaja merenggangkan hubungan dan interaksi malahan juga menguatkan lagi etnosentrisme dan menimbulkan prasangka antara kaum. Seterusnya Pemisah Dari Segi Pendidikan.Pemisah ini berlaku pada asalnya apabila kerajaan british memperkenalkan sekolah varnakular iaitu sekolah mengikut bahasa ibunda masing-masing dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga jenis sekolah Varnakular iaitu mengikut kaum pertama melayu, tamil dan cina. Sekolah tamil ditubuhkan di kawasan estet memandangkan kaum india mendiami kawasan estet. Setiap kaum lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah mengikut kaum masing-masing dan ini akan menyebabkan perpaduan melalui pendidikan tidak dapat dijalankan, secara tidak langsung ini akan melahirkan generasi yang tiada semangat perpaduan yang utuh.Pemisah yang ketiga Pemisah Dari segi Agama dan budaya, Faktor ini merupakan faktor yang tidak dapat dielakkan kerana semua kaum mempunyai kepercayaan, budaya, dan agama mereka tersendiri.Setiap kaum mempunyai semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka. Mereka hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana beranggapan jika terdapat bangsa selain mereka maka identity mereka akan hilang dan tiada keistemewaan lagi.

Cabaran yang seterusnya ialah nilai antara etnik.nilai antara etnik membawa maksud perbezaan dari segi agama, bahasa dak kebudayaan yang ketara dalam masyarakat majmuk. Masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India mempuyai agama, bahasa serta budaya mereka sendiri. Perkara yang menjadi masalah ialah apabila setiap kaum terus menggunakan bahasa bahasa dan mengamalkan budaya mereka sendiri tanpa menerima bahasa dan budaya kaum lain. Sikap sebegini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota etnik yang sama dalam sesuatu perkara. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat-menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Melalui masalah ini, pasti masyarakat tidak selesa melihat budaya lain dan sukar untuk menerimanya walaupun ianya memberi faedah dalam kehidupan seharian mereka.

Manakala cabaran yang terakhir iaitu cabaran Globalisasi, cabaran globalisasi merujuk kepada proses ataupun corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat. Tidak dinafikan, globalisasi ini menggerakkan kita semua kepada sesuatu yang maju iaitu dengan pendedahan penggunaan teknologi yang tinggi serta sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini.Namun secara tidak langsung, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi budaya kuning yng menyesatkan remaja kita pada hari ini.Budaya ini menarik remaja-remaja yang bakal memimpin negara ke arah kancah jenayah yang tidak bermoral.Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri.Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia kian terhakis dek pengaruh globalisasi ini. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman

4.0.            USAHA-USAHA KERAJAAN DAN KEBERKESANANNYA KE ARAH MEMPERKUKUHKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

Rentitan sejarah 13 mei 1969 yang mana berlaku satu peristiwa hitam membawa kesedaran kepada kerajaan betapa pentingnya perpaduan antara kaum maka usaha-usaha dalam pemupukan perpaduan masyarakat perlu ditangani oleh kerajaan, antara usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dalam memupuk perpaduan di Malaysia termasuklah dengan menubuhkan jabatan perpaduan negara dan integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan ini adalah sebuah agensi di bawah kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan.

Tujuan utama dalam penubuhan Jabatan ini adalah untuk memelihara, meningkat, dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi Nasional selaras dengan dasar kerajaan berlandaskan perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara. Agensi ini berperanan untuk mengukuhkan perpaduan Negara dan Ingetrasi Nasional, menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan suatu bangsa Malaysia yang bersatu padu, selain itu Jabatan ini juga berfungsi untuk mencegah konflik antara kaum, masyarakat, dan wilayah serta memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum, dan masyarakat. Peranan lain yang turut dijalankan oleh Jabatan ini termasuklah menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta, dan pihak-pihak lain dan yang paling utama adalah berusaha merapatkan masyarakat daripada semua negeri di malaysia khususnya di antara semananjung,sabah dan sarawak. 

Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan satu program pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu dengan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah untuk membentuk perpaduan negara. Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan setarusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya peristawa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidak tegasan melaksanakan apa yang telah termaktub dalam kontrak sosial terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi juga turut mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi dan taraf pendidikan serta jurang perbezaan ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputera dengan Bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan pengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda Melayu berhijrah ke kota mencari pekerjaan. Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program tertentu.

Seterusnya, pihak kerajaan juga menyedari bahawa adalah lebih baik dan lebih sesuai jika semangat perpaduan ini dipupuk serta disemai sejak dari awal lagi dalam jiwa rakyat Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan merasakan adalah lebih baik jika semangat ini diserap ke dalam jiwa rakyatnya sejak kecil lagi dan tumpuan sudah tentulah diberikan kepada golongan pelajar-pelajar sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang lain. Oleh itu, kerajaan telah menggunakan sistem pendidikan sebagai wadah untuk menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar. Adalah lebih baik proses  penyemaian nilai murni ini dimulakan sejak mereka kecil lagi kerana pada usia beginilah mereka lebih mudah menerima pelajaran bak kata pepatah “jika mahu melentur buluh,biarlah dari rebungnya”. Untuk masa yang ke hadapan, merekalah yang akan mewarisi pentadbiran Negara dan jika mereka tidak didedahkan dengan semangat perpaduan, adalah tidak mustahil negara kita nanti akan menjadi huru-hara dan kacau-bilau. Melalui sistem pendidikan, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa program yang realistik dan bersesuaian dalam usaha untuk mencapai matlamat mewujudkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan para pelajar.Antara program yang telah dijalankan ialah perlaksanaan Sekolah Wawasan.  Sekolah Wawasan adalah sekolah  rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan di antara murid yang berlainan etnik dan agama.Ia juga untuk melahirkan sifat tolenrasi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.

Sebagai contoh dengan penubuhan sekolah Wawasan, Sekolah wawasan ini  langsung tidak mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Melalui Sekolah Wawasan ini, pelajar-pelajar yang berlainan etnik akan menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang secara bersama-sama. Apabila kemudahan ini digunakan secara bersama, sudah tentulah mereka akan berjumpa dan bertemu antara satu sama lain yang seterusnya akan mewujudkan interaksi di kalangan mereka dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan. Konsep sekolah wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang mempunyai semangat dan bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara. Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah cina dan tamil. Sekolah wawasan bolah dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dangan cepat dan berkesan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharapkan dapat merapatkan hubungan  pelajar yang berasal dari pelbagai bangsa walaupun berlainan aliran persekolahan.

Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian pendidikan yang juga dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Kemudahan yang sama bermaksud seperti reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama, alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak akan timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita.Mereka boleh memilih sekolah mengikut pilihan masing-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan, tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.

Kumpulan-kumpulan etnik lain juga berhak untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan kumpulan etnik masing-masing dan patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Melalui kebebasan seperti ini, adalah diharapkan agar pendemokrasian pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang pesat telah menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah. Dalam masa yang sama, kita harus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang telah diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang yang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik.Hanya menerusi pendidikan sahaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat perpaduan sejak dari kecil lagi hinggalah dewasa. Oleh itu, segala dasar dalam pendidikan  yang dapat memupuk perpaduan antara kaum haruslah disokong oleh setiap rakyat Malaysia.

 Sesungguhnya, perpaduan adalah suatu unsur yang sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yantg pesat.Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak kerajaan sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagi merealisasikan impian murni ini.

Memetik ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Kemerdekaan Negara Ke-51, beliau mengingatkan rakyat bahawa perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini dan kita mestilah menyayanginya bak kata pepatah “bercerai kasih bertalak tidak,bagaikan rambut bersimpul mati,inginku mati di hujung kuku,ingin ku kubur di tapak tangan”.     


  CADANGAN KE ARAH MEMPERKUKUHKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Masyarakat perlu sedar hakikat bahawa tindakan yang kerajaan telah usahakan telah banyak membantu dalam mengeratkan perpaduan antara kaum di Negara ini.Segala penat lelah serta usaha kerajaan ke arah memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia adalah ingin mempertahankan keamanan sedia ada.Rakyat juga perlu memainkan peranan penting bagi menjayakan usaha yang telah dirancang oleh kerajaan. Selain itu rakyat seharusnya mempunyai inisiatif sendiri untuk mengekalkan perpaduan hubungan etnik di Malaysia agar tidak mudah dicerobohi oleh negara lain.

Cadangan yang boleh dilakukan oleh rakyat bagi memperkukuhkan perpaduan antara kaum di Negara ini termasuklah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.Dengan adanya aktiviti sosial ini perpaduan kaum akan berlaku dengan apabila perjumpaan antara kaum semasa aktiviti gotong royong. Aktiviti sebegini boleh dianjurkan di kampong-kampung, taman-taman perumahan serta Institut-institit, aktiviti ini akan meningkatkan semangat perpaduan serta meningkatkan nilai kerjasama walaupun berbeza bangsa.

Selain itu untuk mengeratkan perpaduan teladan ibu bapa merupakan uslub primer yang efektif dan pragmatikuntuk menyemai semangat solidarity dalam kalangan kanak-kanak.Dalam konteks ini, ibu bapa wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan perhubungan yang erat dan karib dengan jiran tetanga.Sempena sambutan perayaan, ibu bapa haruslah mengadakan majlis rumah terbuka, dengan adanya majlis seperti ini secara tidak langsung akan dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetanga setempat,  justeru itu perpaduan akan bertambah lebih utuh.

Cadangan seterusnya dengan  mengadakanaktiviti sukan dan permainan  boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysiaagar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

6.0.            KESIMPULAN

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara.Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya.Sesunguhnya negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Sebagai sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia.kemajmukan ini adalah satu ciri yang unik yang jarang dimiliki oleh Negara-negara lain. Apabila dalam keadaan masing-masing kaum bebas merencanakan aktiviti mereka masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan kepentingan nasional dan undang-undang. Kemajmukan ini akan dapat diolah sebagai suatu nilai tambah yang istemewa jika masyarakat Malaysia membuktikan semangat perpaduan yang gitu.

Perpaduan kaum yang erat dapat melahirkan identity Malaysia sebagai sebuah Negara yang aman tanpa pertumpahan darah antara kaum.Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia selain menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku di negara kita iaitu peristiwa 13 mei berlaku pada 13 mei 1969 melibatkan rusuhan antara kaum serta menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang telah merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku akibat daripada kurangnya kewujudan semangat perpaduan dan integrasi nasional.Sesunguhnya mereka berjumpa tetapi tidak wujuk komunikasi antara mereka.

Kejayaan dalam menyatupadukan rakyat tidak hanya terjadi jika pihak kerajaan sahaja yang berkerja keras, hal ini kerana pihak kerajaan hanya memberi cadangan tetapi yang menjalankan cadangan tersebut adalah rakyat, tanpa kerjasama dari rakyat mungkin perpaduan kaum tidak dapat dieratkan. Oleh itu semua pihak khususnya rakyat dan pemimpin perlu menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia.Hal ini agar negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar di bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Oleh itu, kita seharusnya membantu mereka yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit dengan cara mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum.

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Illahi atas limpah kurniaNya, saya dan rakan-rakan berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Banyak perkara dan pengalaman yang saya perolehi melalui kerja kursus ini, tidak dapat dinafikan bahawa kerja kursus ini menyedarkan saya akan kepentingan perpaduan kaum di Negara Malaysia. selain itu daripada kerja kursus ini juga saya telah mempelajari bagaimana untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang pendidik kelak, sebagai seorang guru kita mestilah mengetahui erti atau bagaimana untuk mengukuhkan perpaduan di Negara kita oleh itu kerja kursus ini telah menjelaskan maksud, usaha-usaha serta cadangan-cadangan bagi membantu dalam mengukuhkan perpaduan negara kita.

Tugas ini meminta kami dalam mencari maklumat berkaitan gagasan 1Malaysia.pada pendapat saya gagasan 1Malaysia ini merupakan tunjang utama yang menjadi teras kepada sesebuag Negara khususnya Malaysia  dalam memupuk perpaduan rakyat. Gagasan 1Malaysia ini dirangka dan dilaksanakan dengan cukup sempurana kerana mengandungi elemen-elemen yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Nilai-nilai serta prinsip-prinsip yang cuba diterapkan amat bermanfaat kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, melalui kerja kursus ini saya juga telah mengetahui kepentingan  menjaga hubungan etnik di Malaysia. perpaduan di Malaysia amat penting bukan sahaja untuk keamanan Negara malahan perpaduan yang dipupuk dapat meningkatkan lagi proses kemajuan ekonomi di Malaysia dengan kerjasama antara kaum. Oleh itu, lapisan masyarakat perlu sedar bahawa tanpa perpaduan yang utuh maka sesebuah Negara akan menjadi kucar kacir, banyak pergaduhan yang berlaku, serta proses ekonomi tidak akan meningkat dan kita hidup dalam keadaan yang tidak sepatutnya.

Kerja kursus ini, memberi kesan kepada saya sebagai seorang bakal guru. Melalui tugasan ini, saya sangat berharap semoga saya akan menjadi seorang guru yang dapat mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kerja kursus ini dengan baik serta mendidik generasi akan datang agar dapat membangunkan negara dan bangsa.


RUJUKAN

Buku
Dr. Mardiana Nordin & Hasnah Hussin.(2011). Pengajian Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Bahagian Penerbitan Dasar Negara. (2009). 1MLAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Selangor: Jabatan Penerangan Malaysia
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). MODUL Hubungan Etnik. Selangor Darul Ehsan: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
Ruslan Zainuddin dan Ahmad Tarmizi Talib.(2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Mohd Sohaimi dan Dayu Sansalu. (2011). Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd
Selain Buku
Norliza Abd Rahman. (2010). Gagasan 1Malaysia diperjelaskan. Dipetik pada 11 Februari 2013 daripada http://www.utusan.com.my

Laman Web
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm( Berita : Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu)
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id=350:pre...&Itemid=&lang=bm( Laporan kiraan permulaan,Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010)





0 comments:

Post a Comment