Thursday 4 April 2013

Posted by Unknown |




REFLEKSI INDIVIDU BINA INSAN GURU

          Allahamdulliah, dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurniaNya, saya telah berjaya melaksana tanggungjawab bagi menjalankan tugasan Bina Insan Guru ( BIG ) sesi pertama bagi tahun 2012.

            BIG yang telah saya dan rakan-rakan lalui ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Megat Dewa , Ayer Itam, Jitra, Kedah Darul Aman pada 10 November 2012. BIG yang mengambil masa selama sehari ( hampir 12 jam ) ini bermula seawal jam 7:45 pagi dan berakhir pada jam 6:30 petang.Kumpulan BIG yang terdiri seramai 10 orang ( tujuh perempuan dan tiga lelaki ) daripada guru-guru Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) telah bekerjasama dan memberi komitmen yang padu dalam melaksanakan tugasan sesi pertama BIG ini.Pelbagai input yang sangat berguna kepada saya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

            Sepanjang perjalanan BIG ini berlangsung, saya telah menempuh pelbagai cabaran, dugaan dan halangan yang tanpa disedari memberi motif yang sangat besar. Para waris, penduduk setempat dan guru-guru serta murid-murid sekolah ini banyak memberi bantuan untuk mencapai objektif motif BIG ini diadakan. Segala perlakuan dan pertuturan sentiasa diperhati dan diawasi oleh warga SKMD dan penduduk setempat.

            BIG yang buat pertama kali saya lalui ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi sekiranya BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diterap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persediaan mental dan fizikal sebagai seorang pengelola BIG yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi.

            Antara aktiviti yang telah saya dan rakan-rakan laksanakan adalah seperti Kemahiran mendiri dan menurunkan khemah, Malaysia Cergas, Kembara ( Orientering ), Tazkirah, Latihan Dalam Kumpulan  (LDKI – Ikatan ) dan LDK II ( Menyediakan sandwich ) serta persembahan kumpulan.Pada mata kasar boleh dikatakan semua aktiviti yang dijalankan amat menyeronokkan dan bersesuaian dengan murid-murid sekolah rendah. Di sebalik keseronokkan itu tersirat motif dan objektif yang ingin disemai dan diterapkan dalam diri pengelola itu sendiri serta para peserta. Segala aktiviti yang dijalankan ini nanti perlu dikaji keberkesanan dan pencapaian objektifnya untuk BIG yang kedua nanti.

            Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada murid Tahap II telah menyertai program BIG ini yang dinamakan Kem ‘ Insan Bestari Insan Berkualiti ’.Mereka telah dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang ahli.Setiap kumpulan akan diawasi, dibimbing dan diselia oleh beberapa orang guru PPG dan guru-guru SKMD.Pembahagian kumpulan ini bertujuan memudahkan kerja, kawalan dan perjalanan sesuatu aktiviti.Namun, motif utamanya adalah memberi peluang agar memudah cara kami bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan mereka yang sebelum ini tidak sempat kami kenali dengan lebih dekat.Ianya juga bertujuan melatih seseorang itu dapat berkomunikasi, bersosial , melontarkan idea dan pandangan dalam masyarakat yang pelbagai ragam dan gaya.Pendedahan seumpama ini dapat membantu saya sifat bertolak ansur, menerima pandangan dan buah fikiran orang lain serta dapat bergaul dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira had umur dan status.

            Ketika aktiviti mendiri dan menurunkan khemah, semangat kerjasama antara guru pembimbing dan murid-murid amat nyata mesra. Hubungan dua hala ternyata berkesan ketika saling berkomunikasi dalam berbincang dan melontarkan idea untuk menjadikan khemah yang didirikan kemas dan kuat dari ancaman cuaca seperti angin dan hujan dan bagaimana cara mudah untuk menurunkan khemah tanpa merosakkan khemah tersebut dan jimat dalam penggunaan tali     ( LDK 1 – Ikatan ).

            Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) juga dapat menjadikan saya seorang yang berkeyakinan ketika berucap dan berani mengutarakan idea-idea serta bersedia menerima kritikan dan pandangan orang lain.Di samping itu, ianya juga menyedarkan saya agar menghormati pandangan dan pendapat orang lain serta memberi ruang mendengar dan menerima idea dan hujah orang lain yang bernas dan boleh diguna pakai walaupun ianya datang dari mereka yang usianya muda ( murid ).

            BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seorang yang percaya akan kebolehan diri sendiri dan sesuatu itu boleh dicapai sekiranya kita ada kesungguhan dan keinginan untuk memperolehinya.Perkara yang sama juga telah saya terapkan dalam diri murid-murid di bawah seliaan saya.Banyak nilai-nilai murni secara tersurat dan tersirat dapat disemai dan dipupuk ketika menjalani aktiviti-aktiviti yang telah saya dan rakan-rakan susun dalam ‘ Kem Insan Bestari Insan Berkualiti ‘  ini. Objektif dapat diterap dikalangan guru sendiri dan juga murid.

            Kreativiti dan fleksibel merupakan satu kompenan penting yang perlu ada dalam diri guru dan juga murid.Transformasi negara dari sebuah negara pertanian menjadi negara perindustrian dan sekarang sedang mengorak langkah menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju dan berteknologi tinggi setaraf dan setanding dengan negara-negara maju yang lain ,kita sebagai rakyat Malaysia harus setiap memiliki elemen kreatif dan kritis.Elemen ini dapat dilihat dalam aktiviti BIG seterusnya iaitu LDK II ( menyediakan sandwich ) serta Persembahan.Guru dan murid berbincang dan sama-sama melontarkan idea bagi mendapat hasil yang terbaik dan membanggakan.

            Komitmen yang tinggi yang diberi oleh guru besar dan para guru ketika majlis simbolik dan pelancaran Kem Insan Bestari Insan Berkualiti serta ketika upacara penutup dan penyampaian hadiah benar-benar mengharukan perasaan saya. Beliau sentiasa berada sepanjang aktiviti berjalan.Sikap turun padang dan ambil berat seperti beliau ini harus diteladani oleh semua pihak terutama para guru yang berkemungkinan akan menjawat jawatan seperti beliau satu ketika nanti.

            Komitmen yang ditunjukkan oleh para murid juga tidak harus dilupa. Walaupun telah menjalani kem seumpama ini sebelumnya dalam jangka waktu yang terdekat namun masih mahu menyertai dan mengambil bahagian dalam program yang dirancang oleh pihak kami tanpa mengenal erti letih.Ini mungkin juga kerana program yang kami susun ini ada unsur-unsur didik hibur seperti dalam aktiviti Malaysia Cergas, Latihan Dalam Kumpulan, Kembara dan Persembahan.

Kesimpulannya ;
            Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibangga dan dianggap sebagai faktor kekuatan, Peluang, Ancaman dan Kelemahan dalam Kem Insan Bestari Insan Berkualiti ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ANALISIS SWOC KEM INSAN BESTARI INSAN BERKUALITI


KEKUATAN ( STRENGTH – S )

S1   Guru PPG yang terlibat majoriti merupakan guru yang terlatih, berpengalaman dan berdedikasi.
S2     Semua guru yang terlibat merupakan guru     
         penasihat unit beruniform di sekolah.


S3    Hubungan dengan komuniti masyarakat di sini  amat baik dan mendapat kerjasama yang padu dalam sumbangan berupa tenaga
        ( Rukun Tetangga, Polis dan para waris ).

S4    Kemudahan prasarana dan alatan      
         perkhemahan.

S5   Guru Besar dan guru-guru melibatkan   
        diri terutama sewaktu upacara
        perasmian dan penutup serta ketika
        penyampaian hadiah dijalankan.

S6   Murid memberi komitmen yang tinggi  
        hadir ketika cuti persekolahan.

KELEMAHAN (WEAKNESS – W )

W1  Masa yang terrlalu suntuk untuk guru-guru PPG menjalani BIG dalam keadaan yang tidak selesa.
W2 Tarikh dan masa ketika menyampaikan taklimat BIG kepada guru-guru amat rapat dengan tarikh UAK dan Peperiksaan Akhir Semester.
W3 BIG terpaksa dilaksanakan ketika cuti persekolahan dan ini menyulitkan pihak sekolah untuk mengumpul dan menghubungi semula para waris dan murid.

W4  Murid sendiri baharu sahaja menjalani aktiviti perkhemahan mereka di sekolah.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PELUANG (OPPORTUNITIES – O)


O1    Hubungan baik pihak polis, Rukun 
         Tetangga, Guru Besar dan para  
         waris.
O2 Mendapat sokongan moral dan semangat kerjasama daripada pihak pentadbir dan guru sekolah.
O3 Jalinan hubungan yang baik dan perkongsian ilmu antara guru-guru PPG yang terlibat.
O4 Kemudahan prasarana dan kelengkapan alatan.
O5   Persekitaran yang amat sesuai untuk menjalani aktiviti BIG.
O6   Kawalan dan keselamatan yang baik.

CABARAN / ANCAMAN (THREATS-C)


C1    Kumpulan murid yang terlibat terdiri daripada murid tahap kebolehan yang sederhana dan lemah.
C2    Kurang pendedahan dengan dunia   
         luar.

C3    Latar belakang sosio ekonomi pelajar
         yang agak rendah.

C4    Keadaan cuaca yang tidak
         mengizinkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kekuatan :                                           
       Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir kem ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas kelihatan.Semua ahli jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program kem ini berjaya dilaksana dan mencapai objektifnya.

        Kekuatan kedua, hubungan dengan komuniti seperti Rukun Tetangga, polis, para waris dan agensi luar amat baik.Kerjasama dari semua pihak amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.Sekalung tahniah juga harus diberi kepada penglibatan pihak yang disebut di atas.Bayangkan kebanyakan murid-murid ini baharu saja menjalani aktiviti perkhemahan namun mereka sanggup turun padang bagi membantu usaha murni kami serta mendapat sokongan padu dari para waris yang sanggup mengorbankan masa dan wang bagi menjayakan program ilmu seumpama ini.

       Pihak kami juga amat beruntung kerana mendapat sponsor dan sumbangan berupa ‘ banner ‘ iaitu kain rentang dari Pejabat Parlimen Jerlun serta sumbangan buku ‘Briliant Student’ dari syarikat buku Nukilan Unggul Publication Sdn. Bhd.Sumbangan buku-buku ini telah kami jadikan hadiah-hadiah untuk pertandingan menyediakan sandwich, Kembara ( Orientering ) dan persembahan.

Kekuatan ketiga, program kem ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai di antara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

      Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi warga Sekolah Kebangsaan Megat Dewa ini sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program kem ini berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam setiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program kem ini. Kami juga turut rasa dialu-alukan dan dihargai kehadiran kami di sini dalam melaksanakan program Bina Insan Guru di sekolah ini.

Peluang ;                 
        Sekolah Kebangsaan Megat Dewa ini amat sesuai lokasinya untuk dijadikan tapak perkhemahan dan menjalani aktiviti-aktiviti yang dirancang sebelumnya.Kawasan sekolah yang dikelilingi oleh sawah padi, tali air dan sungai serta hutan kecil dipinggirnya memang tepat dan bersesuai sekali dipilih sebagai lokasi BIG pertama saya.Aktiviti kembara dan Orientering melalui anak sungai dan sawah padi sambil menikmati keindahan alam ciptaan Illahi dapat menimbulkan kesedaran dalam diri saya dan para peserta kurnia dan nikmat yang Allah berikan kepada kita dan betapa beruntungnya kita menjadi rakyat Malaysia di bumi yang bertuah ini.Aktiviti kecergasan pula dapat dilakukan di kawasan padang mahupun dataran yang lapang sambil menghirup udara segar waktu pagi yang bebas dari pencemaran seperti asap kenderaan dan debu-debu kota.

Ancaman ;
          Keadaan cuaca yang tidak menentu tambahan pula di musim tengkujuh sedikit menghalang aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.Hujan telah turun di sebelah petang dan segala aktiviti yang melibatkan padang dan kawasan luar terpaksa dilakukan di dalam makmal ICT.Makmal ICT memang merupakan insiatif kedua kami sekiranya berlaku cuaca yang tidak mengizinkan.Namum, alhamdulillah segala program dan aktiviti berjalan seperti apa yang dirancang.

Kelemahan ;
           Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan yang menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang dirancang tercapai. Pertama dari segi keadaan cuaca yang tidak begitu menentu.Walaupun makmal ICT menjadi penyelamat keadaan dan memang telah dirancang terlebih awal sebagai insiatif kedua sekiranya hujan,namun secara tidak langsung telah menjejaskan kelicinan perjalanan program yang telah disusun dan dirancang.Makmal ICT yang kecil untuk menampung kapisiti murid dan guru yang hampir mencapai 65 orang amatlah tidak relevan dan sempurna seperti dilakukan di kawasan luar.

      Kelemahan kedua ialah, kesuntukan dan masa yang singkat. Sehari tidak memadai untuk menjalankan pelbagai aktiviti dengan sempurna.Tambahan pula kebanyakan murid-murid ini telah menjalani perkhemahan perdana sebelumnya.Program yang kami anjurkan adalah ketika cuti sekolah dan tentu menjadi satu masalah untuk mengumpul semula murid-murid ini yang sedang dibuai cuti akhir tahun.Taklimat BIG dan pelaksanaannya adalah ketika hampir cuti akhir tahun dan para guru PPG pula bergelut membuat ulangkaji pelajaran sebagai persediaan menduduki Ujian Akhir Kursus dan Peperiksaan akhir Semester Dua.
                                                
         Cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah pada masa akan datang Bina Insan Guru bagi siri kedua, pastikan tarikh yang dipilih tidak berdekatan dan bertembung dengan Ujian Akhir Kursus ( UAK ) mahupun Peperiksaan Akhir Semester. dan mungkin lebih baik sekiranya program ini dirancang terlebih awal dan pelaksanaannya pada waktu musim cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika pemilihan tarikh dilakukan dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat aktiviti yang memerlukan kawasan luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan program yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

Wallahualam.

1 comment: