Setiap guru di sekolah mempunyai peranan dan bidang-bidang tugas tersendiri mengikut jawatan masing-masing. Antaranya ialah :
BIDANG TUGAS GURU BESAR
- Bertanggungjawab
dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan
pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
- Bertanggungjawab
dalanm hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
- Mewujudkan
hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
SENARAI
TUGAS GURU BESAR
Pengurus Kurikulum —Kerja Ikhtisas
- Menyelia
dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian
Pendidikan.
- Menentukan
sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
- Memastikan
guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran
rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.
- Menentukan
kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
- Menentukan
polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data
analisis peperiksaan digunakan untuk merancangan dan tindakan susulan.
- Menyelia
dan mencerap proses P& P.
- Memeriksa
Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku Kedatangan
Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke semasa.
- Menentukan
dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
- Menentukan
keberkesanan pengguna PSS.
- Memastikan
panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan
berkesan.
- Memastikan
polisi untuk aktiviti kokurikulum.
Pembangunan Diri Pelajar
- Mernastikan
pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri,
Kemahiran Belajar dan Motivasi.
- Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.
Pengurusan dan Pembangunan
- Memastikan
pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.
- Menyemak
Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
- Menentukan
proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar
dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
- Memastikan
Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
- Memastikan
polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.
- Menandatangani
surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
- Memastikan
program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
- Bertanggungjawab
di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
- Mengambil
langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.
- Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
Pengurusan Personal
- Menentukan
proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke
jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta sokongan dilaksanakan.
- Membantu
staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa
mengenai sasaran dan mutu kerja.
- Menentukan
tugasan dan bidang kerja serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
- Mengambil
tindakan tatatertib ke atas pegawal yang melanggar Arahan Perkhidmatan di
bawah bidang kuasa.
- Menjaga kebajikan pegawai.
Kewangan
- Menentukan
anggaran perbelanjaan tahunan.
- Mengawal
dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun,
laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA dan KERAJAAN.
- Memastikan
penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta
membuat tindakan susulan ke atasnya.
- Mengawal
stok dan harta benda sekolah.
Kemudahan Fizikal
- Memastikan
keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran dalam keadaan
baik.
- Mempertingkatkan
keceriaan sekolah.
- Memastikan
kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Memastikan
perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
- Mengambil
langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.
Pembangunan Organisasi dan Diri
- Merancang
dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
- Menggalakkan
percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi
peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.
- Mengawal
“Experiences” berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta menggunakan
maklumat yang diperolehi untuk pembangunan “Learning Experiences” pelajar.
- Merancangkan
kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
- Menggalakkan
guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
Pembangunan Kendiri
- Mempertingkatkan
Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
- Menjalankan
kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
- Menghasilkan
artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
- Melibatkan
diri dengan aktiviti komuniti.
- Memberi
sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
- Menjadi
penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.
- Menghadiri
kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian / Jabatan
dan Agensi-agensi Iuar.
- Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
- Menjalankan
tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.
- Mengajar
sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
- Bertanggungjawab
kepada Guru Besar dalam hal kurikulum,
pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
- Membantu
Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.
- Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI
TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)
Kurikulum
- Menentukan
rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.
- Memastikan
perjalanan panitia mata pelajaran.
- Membantu
penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan
bengkel.
- Menentukan
penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
- Membantu
serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru
mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian
mereka.
- Mengkaji
segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.
- Menyelaraskan
segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
- Membantu
memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
- Menyusun
jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.
Pengurusan
- Membantu
beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
- Membantu
menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf
sokongan.
- Membantu
menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
- Membantu
merancang takwim sekolah.
- Membantu
menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
- Menyelaras
penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
- Menyelaras
semua jenis kutipan yuran
- Menjadi
Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
- Menjadi
penandatangani kedua cek sekolah.
- Menjaga
dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.
Pembangunan Diri Pelajar
- Membantu
merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan
sekolah.
- Merancang
langkah-langkah keselamatan pelajar.
- Mengadakan
kursus kemahiran pelajar.
Pembangunan Organisasi.
- Mewujudkan
hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
- Mengadakan
kursus/latihan personal.
Pembangunan Kendiri.
- Mempertingkatkan
budaya membaca dan budaya ilmu.
- Menghadiri
kursus, seminar dan bengkel.
- Menjalankan
kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
- Melibatkan
diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
perguruan.
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM
- Menjalankan
tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan 1 ( Pentadbiran )
- Mengajar
sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
- Bertanggungjawab
kepada Guru Besar dalam hal-hal
kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan
percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah.
- Membantu
Guru Besar menyelia dan menilai
aktiviti seperti dalam perkara-perkara di atas.
- Membantu
Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM
Pembangunan Diri Pelajar.
Disiplin
- Menentukan
penerapan amalan-amalan dan nilai –nilai murni
- Memastikan
peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
- Menjadi
penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
- Mengambil
tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib
dan salah laku.
- Menyelaras
dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
- Mewujudkan
hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
Program Perlindungan Pelajar.
- Meracang
dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat
sekolah.
- Memastikan
langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.
Kesihatan
- Menguruskan
kemudahan rawatan pelajar.
- Memastikan
program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan
- Menyelaraskan
penyeliaan kantin sekolah.
- Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.
Skim Pinjaman Buku Teks
- Menyelaraskan
pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
- Menguruskan
kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
- Menyediakan
anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.
Biasiswa dan Bantuan.
- Menyelenggarakan
perakuan-perakuan KWAMP, RMT, zakat dan bantuan.
- Mengemaskinikan
rekod KWAMP, RMT, Zakat dan bantuan
- Menguruskan
tuntutan bayaran KWAMP pelajar.
Pengurusan
- Menguruskan
dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar.
- Menguruskan
kemasukan dan penempatan pelajar.
- Menguruskan
pertukaran pelajar.
- Menyemak
buku kedatangan harian pelajar.
- Menguruskan
surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti
Sekolah.
- Membantu
menyediakan anggaran belanjawan sekolah
- Membantu
merancang takwim sekolah.
Ko-Kurikulum
Sukan dan Permainan
- Membantu
merancang , melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan pada
semua perigkat.
- Membantu
merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
Kelab/Persatuan
- Menyelaraskan
dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang
bercorak
akademik.
Unit Beruniform
- Merancang
strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform tersebut di
peringkat sekolah.
Pembanguna Organisasi
- Mewujudkan
hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
- Mengadakan
kursus/ latihan untuk personal.
Pembangunan Kendiri
- Mempertingkatkan
budaya membaca dan budaya ilmu.
- Menghadiri
seminar, kursus dan bengkel
- Menjalankan kajian bagi kecemerlangan
pengurusan sekolah.
- Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
0 comments:
Post a Comment